comscore
Tumpuan :
Nasional

Bas rempuh 5 kenderaan, pemilik kereta diminta buat laporan polis 

 

KUALA LUMPUR: Nahas membabitkan sebuah bas persiaran yang merempuh lima kenderaan yang diparkir di Jalan 3/144a berhampiran Maxim Residence, Alam Damai Cheras, dekat sini malam kelmarin disebabkan pemandunya hilang kawalan ketika menuruni laluan susur.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Superintenden Suffian Abdullah, berkata bas terbabit kemudian melanggar
sebuah Perodua Viva, dua Perodua Myvi, sebuah Toyota Vios dan sebuah Honda CR-V.

 

“Kesemua penumpang bas, terdiri daripada 11 lelaki dan 20 wanita berusia antara 20 hingga 50 tahun terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

“Kesemua pihak yang terbabit dalam kemalangan ini termasuk pemilik lima kereta telah dinasihatkan untuk membuat laporan polis di balai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Suffian, kemalangan itu turut mengakibatkan kabel elektrik di situ terputus dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah dimaklumkan untuk tindakan lanjut.

“Saringan ujian air kencing dan alkohol terhadap pemandu bas, seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun didapati negatif.

“Kes diklasifikasikan mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini