@buletintv3 Seramai 20 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas selepas bas dinaiki terbabas dan terbalik sebelum masuk ke longkang di Kilometer 427.1 Lebuhraya Utara Selatan. #BuletinTV3 #kemalanganjalanraya #DetikCemas ♬ original sound – BuletinTV3
HULU SELANGOR: Sebuah bas terbabas lalu terbalik di Kilometer 427.1 Lebuhraya Utara Selatan, di sini, pada malam Rabu.
Kemalangan menyebabkan 20 penumpang berdepan detik cemas, namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden kira-kira jam 11.45 malam.
Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sekitar jam 9 malam melibatkan sebuah bas dalam perjalanan dari Ipoh menghala ke Seremban yang hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan, sebelum masuk ke longkang.
“Akibat dari kemalangan tersebut pemandu bas cedera ringan dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh.
“Manakala 20 orang penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dipindahkan ke bas lain yang disediakan oleh syarikat dan meneruskan perjalanan,”katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutab Jalan 1987.
“Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kemalangan untuk tampil membantu siasatan,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.