comscore
Tumpuan :
Nasional

Batik Air gesa AirAsia Super App padam semua perkhidmatan tanpa kebenaran dalam aplikasi

 

Pesawat Batik Air Malaysia. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Batik Air Malaysia tidak pernah memberikan sebarang persetujuan kepada AirAsia Super App untuk menjual dan memasukkan semua perkhidmatan syarikat penerbangan dalam Kumpulan Lion Air dan Super Jet Air dalam aplikasi terbabit.

Justeru, Batik Air dalam kenyataan hari ini menggesa AirAsia Super App segera mengeluarkan atau memadam semua produk dan perkhidmatan tanpa kebenaran Kumpulan Lion Air dan Super Air Jet yang dijual dalam aplikasi itu.

Katanya, AirAsia Super App bertindak dengan cara yang tidak dibenarkan dengan menjual perkhidmatan penerbangan dalam aplikasi itu.

“Sekiranya AirAsia Super App gagal mengambil tindakan untuk mengalih keluar produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan itu dengan kadar segera, kami akan mendapatkan penyelesaian undang-undang berdasarkan undang-undang Malaysia.

“Kami menasihatkan orang ramai untuk membuat semua tempahan penerbangan Batik Air di laman web rasmiwww.batikair.com.my atau melalui ejen pelancongan kami yang sah” katanya.

Loading...
Terkini