comscore
Tumpuan :
Nasional

Batu Pahat, Alor Gajah catat bacaan IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR: Batu Pahat, Johor dan Alor Gajah, Melaka mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat apabila merekod bacaan melebihi 150 pagi ini.

Berdasarkan kemas kini terbaharu di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) 10 pagi ini, stesen Batu Pahat merekodkan bacaan terburuk iaitu 152.

Alor Gajah pula merekodkan bacaan pada tahap 151.

Sementara itu, 19 stesen di Semenanjung merekodkan IPU pada tahap baik apabila mencatatkan bacaan di bawah 50.

Antaranya Kangar (21), Langkawi (30), Sungai Petani (45), Besut (35) dan Indera Mahkota Kuantan (48).

Bagi Sabah dan Sarawak, 11 stesen mencatatkan bacaan di bawah 50. Antaranya Sandakan (44), Kimanis (22), Sarikei (48) dan Mukah (46).

Sementara itu, 47 lagi stesen di seluruh negara mencatatkan bacaan melebihi 50, namun masih dikategorikan sebagai sederhana.

Loading...
Terkini