comscore
Tumpuan :
Nasional

Bau minyak kuat dikesan di LRA Sungai Linggi

Foto hiasan

SEREMBAN: Operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi dekat Port Dickson dihentikan sementara selepas bau minyak yang kuat dengan bacaan 19 ton dikesan.

Pusat Khidmat Pelanggan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) dalam satu kenyataan memaklumkan, berikutan masalah kualiti air mentah itu, pengguna di sekitar Port Dickson berdepan gangguan bekalan air.

“Bau minyak yang kuat (19 ton) menyebabkan pengeluaran pemprosesan air terawat terpaksa dihentikan untuk menepati piawaian kualiti air minum kebangsaan.

“Kawasan terbabit gangguan adalah sebahagian Batu 6 dan Batu 4 Jalan Pantai, Jalan Sua Betong, Air Kuning, Tampin Linggi sehingga sekitar kawasan Pekan Port Dickson sehingga Lukut.

“Turut terbabit gangguan, dari Simpang Bukit Palong, Chuah, Bukit Pelandok sehingga Tanah Merah Site A,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menjelaskan SAINS bersedia menggerakkan penghantaran air melalui lori tangki dan penempatan tangki statik di tempat yang terbabit dengan gangguan.

Pengguna dinasihatkan untuk menyimpan dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan. Sebarang maklumat dan bantuan sila hubungi 1-300-88-6982.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini