comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bayaran Insentif Menyelam dinaikkan RM200 

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pada Majlis Pelancaran Keselamatan Aktiviti Di Air (MKAA) di Pantai Senok, hari ini. FOTO: Nik Abdullah Nik Omar.

BACHOK: Bayaran Insentif Menyelam (BIM) bagi Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dinaikkan sekali ganda berkuat kuasa serta-merta.

Kelulusan kenaikan RM200 itu kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bagi memperkasa pasukan penyelam yang berperanan penting dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa lemas.

Katanya, sehingga kini terdapat 628 PPDA ditempatkan di 46 balai bomba seluruh negara.

“Tahun lalu, JBPM merekodkan seramai 255 mangsa meninggal dunia akibat lemas.

“Walaupun menunjukkan penurunan sebanyak 17 peratus berbanding tahun lalu, angka itu masih tinggi,” katanya di majlis Pelancaran Majlis Keselamatan Aktiviti Di Air (MKAA) di Pantai Senok di sini, hari ini.

Beliau berkata, kementerian menerusi MKAA dan kempen keselamatan di air berusaha untuk mengurangkan kes kemalangan terutama kematian di kawasan rekreasi air seperti kawasan air terjun, pantai, cerun bukit, sungai dan bukit.

Justeru, pengambilan lebih ramai Pasukan Bomba Bantuan (PBB) Safety Water and Rescue Team (SWART) wajar dilakukan khususnya di negeri-negeri berisiko banjir besar serta mempunyai kadar kes lemas yang tinggi.

“Sehingga kini, kita mempunyai 36 pegawai SWART, iaitu hanya 1.7 peratus daripada keseluruhan anggota PPDA,” katanya.

Loading...
Terkini