comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bayi 6 bulan mati dipercayai dibunuh, bapa ditahan untuk siasatan


KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan meninggal dunia, dipercayai menjadi mangsa bunuh dalam kejadian di sebuah unit kediaman dekat Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Beranang di sini kelmarin.

Polis pada awal menerima maklumat daripada seorang lelaki, memaklumkan bayi berkenaan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di unit kediaman itu, pada jam 8.52 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohamad Nasir Drahman berkata, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia dan pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kecederaan pada tubuhnya.

“Mayat bayi kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kajang untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat, pakar mengesahkan kecederaan mangsa bukan disebabkan kemalangan tetapi disebabkan perbuatan jenayah ke atas mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berikutan itu, katanya polis menahan bapa bayi berkenaan, seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun pada 11.30 malam hari kejadian untuk membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini