comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bayi baru lahir maut dicampak dari kondominium, polis sedang kesan pelaku

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang bayi yang baru dilahirkan maut selepas dipercayai dicampak dari tingkat atas sebuah kondominium di Sri Petaling, kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood ketika dihubungi Buletin TV3 sebentar tadi.

“Kita masih (siasat), pasukan siasatan ada di tempat kejadian, kita ada bantuan unit Anjing Pengesan K9 dan Unit Forensik dan elemen siasatan kita buat segala angle yang ada. Kita masih mengesan si pelaku,” jelasnya.

Tambah Ku Mashariman, pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 2.30 petang daripada orang awam memaklumkan terdapat kes buang bayi dari bangunan terbabit.

Ujarnya, siasatan awal mendapati bayi terbabit baru lahir berikutan terdapat tali pusat pada mayat mangsa.

 

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini