Tumpuan :
Nasional

Bayi cedera, ibu bapa, kakak maut kemalangan di Lebuhraya DUKE

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki cedera manakala ibu, bapa dan kakaknya meninggal dunia selepas motosikal dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah lori di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) 2, di sini, pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku ketika motosikal ditunggangi bapa bayi berkenaan berusia lewat 37 tahun merempuh bahagian belakang sebuah lori.

Ketika kejadian motosikal ditunggangi mangsa dibonceng isterinya berusia 27 tahun sedang memegang bayi terbabit bersama seorang lagi anak perempuan mereka berusia empat tahun dalam perjalanan dari arah Sungai Buloh menghala ke Plaza Tol Segambut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata ketika kejadian sebuah lori yang membawa produk makanan basah mengalami kerosakan dan berhenti di tepi lebuhraya berkenaan.

“Pada masa sama sebuah lagi lori lain berhenti di belakang lori yang rosak bagi tujuan memindahkan barang.

“Tidak lama selepas itu, motosikal ditunggang mangsa yang datang dari arah belakang dipercayai gagal dikawal dan cuba mengelak sebelum melanggar bahagian belakang lori yang mengalami kerosakan.” katanya sebentar tadi.

Rusdi berkata, ibu, bapa dan kanak bayi itu yang mengalami kecederaan serius akibat rempuhan cedera parah dah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, pada masa ini siasatan sedang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, termasuk mendapatkan keterangan dari mereka yang terbabit.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, ketiga-tiga jenazah selesai menjalani proses bedah siasat jam 2.30 petang tadi dan sudah dituntut oleh waris mereka.

Solat jenazah telah dilaksanakan selepas Solat Asar, petang tadi di Masjid Jamie Huda, Ampang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini