comscore
Tumpuan :
Nasional

Bayi dibuang depan kedai di Subang Jaya

SUBANG JAYA: Seorang bayi lelaki ditemui pemilik kedai di hadapan rumah kedai Court 4 USJ, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam berhubung kejadian itu jam 8.13 pagi tadi.

“Bayi itu yang tidak bertali pusat ditemui oleh pemilik kedai di lokasi berkenaan dalam keadaan sihat.

“Bayi berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Shah Alam dengan menaiki ambulans untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Azlan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi penyiasat kes, Sarjan Sharifah Fatimah Marhidayani Syed Muhammad di talian 017 9149376.

“Orang ramai juga boleh menghulurkan maklumat dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03 78627100 bagi membantu siasatan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini