comscore
Tumpuan :
Nasional

Bazar warga asing di Selayang diserbu DBKL

FOTO: DBKL / Facebook

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak menyita sejumlah 11 peralatan dan barang perniagaan dikendalikan warga asing dalam Tindakan Khas Bazar Warga Asing di sekitar Jalan 2/3A Pusat Bandar Utara (berhampiran Pasar Borong Kuala Lumpur), semalam.

DBKL dalam kenyataannya berkata, dalam operasi itu, Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Parlimen Batu telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan.

FOTO: DBKL / Facebook

“Tindakan diambil mengikut peruntukan Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 serta UUK 3(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

FOTO: DBKL / Facebook

“Barangan dan peralatan yang disita seperti makanan, sayur campur, buah-buahan, mesin tebu, payung dan lain-lain dihantar ke Setor Sitaan DBKL Taman Miharja, Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi,” tanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini