comscore
Tumpuan :
Nasional

Beberapa daerah di 6 negeri alami ribut petir, hujan lebat pagi ini

KUALA LUMPUR: Beberapa daerah di enam negeri termasuk Putrajaya dijangka berdepan ribut petir dan hujan lebat, pagi ini.

Berdasarkan maklumat dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), selain Putrajaya, amaran ribut petir dan hujan lebat turut diramal melanda keseluruhan Perlis, serta beberapa daerah di Kedah, Perak, Selangor dan Sabah sehingga jam 11 pagi ini.

“Di Kedah, ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda Langkawi serta Kubang Pasu; Perak (Manjung, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim).

“Lima daerah di Selangor ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang serta Pedalaman (Nabawan) dan Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) di Sabah,” katanya di platform X.

Menurut METMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Orang ramai dinasihati sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini