KOTA BHARU: Hujan lebat sejak pagi tadi menyebabkan beberapa lokasi di Tanah Merah dan Kuala Krai mula dinaiki air petang ini.
Beberapa lokasi di Tanah Merah mula dinaiki air termasuk di Bendang Nyiur, Kelewek, Batu Gajah, Gual Ipoh, Manal, Batang Merbau dan Jedok.
Di Kuala Krai pula membabitkan beberapa kawasan termasuk Bukit Sireh, Lubuk Simpul dan Keroh.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kolonel (PA) Mohd Adzhar Mujab, berkata susulan hujan lebat itu, pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Lawang dalam proses untuk dibuka bagi memindahkan mangsa banjir.
Katanya, pihaknya melakukan pemantauan di beberapa lokasi hot spot yang dijangka banjir.
Beliau turut mengingatkan penduduk supaya berpindah ke tempat PPS sekiranya paras air semakin meningkat.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.