KOTA KINABALU: Beberapa kawasan di Timur Sabah mengalami gangguan bekalan elektrik pada masa ini, menurut Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) di sini.
Sabah Electricity dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat antaranya Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Beluran, dan Kinabatangan.
“Pihak Sabah Electricity sedang giat menjalankan usaha pemulihan bekalan elektrik di kawasan-kawasan yang terjejas.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi dan menghargai kesabaran serta kerjasama anda.
“Kemas kini lanjut akan diberikan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi Sabah Electricity. Terima kasih atas perhatian anda,” menurut kenyataan itu.
Tinjauan Bernama Sandakan dan Lahad Datu mendapati kawasan itu mula terputus bekalan elektrik kira-kira sejam lalu, dan masih belum pulih setakat ini.-BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.