comscore
Tumpuan :
Nasional

Beberapa sungai di Klang lepasi paras bahaya

KUALA LUMPUR: Paras air di beberapa sungai di Klang menunjukkan trend menaik disebabkan hujan lebat di sekitar ibu kota dan Selangor, sejak awal pagi tadi.

Sungai Binjai di Meru, di sini mencatatkan paras air 4.66 meter (m) melebihi tahap bahaya 4.2 m setakat 7.15 pagi hari ini, seterusnya dikhuatiri menyebabkan limpahan air yang berisiko mengakibatkan banjir.

Menurut laman Public Infobanjir, Sungai Rasau di Tugu Keris, Klang dan Sungai Damansara di Kampung Melayu Subang, Petaling, mencatatkan paras air melebihi tahap amaran.

Sungai Rasau merekodkan bacaan 3.9 m, melebihi paras amaran 3.6 m dan Sungai Damansara mencatatkan bacaan 16.99 m melebihi tahap amaran 16.9 m

Beberapa sungai lain di sekitar Selangor merekodkan bacaan pada paras normal, bagaimanapun berdasarkan laman Public Infobanjir, ia menunjukkan trend menaik termasuk Sungai Rawang di Rawang Tin, Gombak dan Sungai Klang di Bandar Klang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini