comscore
Tumpuan :
Nasional

Bekalan air 7 kawasan terjejas, pulih sepenuhnya

Foto hiasan

PETALING JAYA: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengesahkan bekalan air di kesemua tujuh kawasan terjejas antaranya Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor pulih sepenuhnya jam 6 pagi tadi.

Dalam satu kenyataan Air Selangor memaklumkan kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) bermula 5 Jun lalu siap sepenuhnya.

“Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

“Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual dari semasa ke semasa, daripada saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini