comscore
Tumpuan :
Nasional

Bekalan darah jenis O negatif kritikal di Hospital Dutches of Kent, Sandakan

Foto hiasan

SANDAKAN: Bekalan darah jenis O negatif di Hospital Dutches of Kent di sini berada di tahap kritikal.

Orang ramai yang mempunyai darah kumpulan itu di sekitar bandar ini diminta tampil menderma bagi membantu keperluan mendesak hospital berkenaan.

Anggota Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, dalam satu kenyataan di akaun Facebook miliknya berkata, keadaan itu dikategorikan sebagai situasi kecemasan.

“ Kecemasan, darah O negatif diperlukan di Hospital Duchess of Kent. Sandakan. Pada masa ini kritikal, jika anda tahu darah siapa O negatif,” katanya.

Dalam pada itu, Vivian berkata orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan agar menghubungi pihaknya di talian 010-9419491 (Kelly) atau 016-5869903 (Tung), selain Wendy di talian 012-8133683.

BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini