comscore
Tumpuan :
Nasional

Bekalan gula mencukupi – KPDN

Stok gula di pasar raya – Foto: NSTP

JOHOR BAHRU: Bekalan gula masih mencukupi selepas arahan pengeluaran kepada dua pengeluar gula di Malaysia, Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) serta Malaysia Holdings Berhad (MSM) ditetapkan kepada keseluruhan 42,000 metrik tan sebulan.

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, tiada laporan mengenai isu menyembunyikan gula kecuali satu laporan terbaharu diterima di Melaka, baru-baru ini.

“Isu gula ini, kita ada Ops Manis yang mana kita keluarkan arahan kawalan bekalan kepada kedua-dua pengeluar gula yang mana CSR akan keluarkan 18,000 metrik tan dan MSM sebanyak 24,000 metrik tan dalam tempoh sebulan.

“Ini membolehkan KPDN memantau setiap hari. Kita lihat ini bukan masalah pengeluaran, tetapi isu pengedaran yang mana mungkin ia isu terpencil di sesuatu tempat sahaja.

“Soal pengeluaran dan bekalan memang tiada masalah kerana kita pantau setiap hari dan kita lihat mereka (pengeluar gula) tepati arahan itu dan ia cukup walaupun dalam musim perayaan dengan penggunaan 2.6 kilogram bagi satu isi rumah setiap bulan,” jelasnya.

Loading...
Terkini