comscore
Tumpuan :
Nasional

Bekalan telur, ayam pulih – Mohamad Sabu 

Foto Hiasan

KLANG: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan, bekalan telur serta ayam kini melepasi tahap getir dan kembali pulih dengan ada peniaga mula menurunkan harga ayam.

Beliau berkata, perkembangan itu adalah hasil usaha kementerian demi memastikan bekalan di pasaran mencukupi untuk pengguna.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu

“Sudah pulih (isu bekalan) bahkan ada tempat harga ayam sudah mula turun jadi usaha gigih termasuk dialog dengan persatuan penternak berhasil.

“Kita harap tidak ada krisis baharu dan sebagainya yang boleh menjejaskan import bijirin jagung dan soya sebab bijirin jagung kita masih di tahap permulaan penanaman dan lambat lagi untuk mencukupi bekalan,” katanya selepas merasmikan Bangunan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Klang, hari ini.

Sebelum ini dilaporkan bahawa beberapa kawasan mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan telur dan ayam.

Sementara itu, Mohamad memaklumkan bekalan beras di seluruh negara mencukupi.

Bagaimanapun beliau mengakui terdapat kekurangan beras tempatan di beberapa kawasan.

“Memang ada berlaku (kekurangan beras tempatan) kita tahu keadaan cuaca pada musim lepas yang tidak sesuai untuk padi, jadi pengeluaran sedikit berkurangan tapi bekalannya mencukupi,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad mengingatkan pengilang supaya tidak menyimpan bekalan yang ada di premis masing-masing.

Loading...
Terkini