comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bekalan telur kembali kritikal di Terengganu 

KUALA TERENGGANU: Bekalan telur ayam di Terengganu kembali kritikal dengan rata-rata pemborong telur mengadu kehabisan stok sejak seminggu lalu.

Tinjauan di beberapa  syarikat pemborong di sekitar kuala terengganu mendapati, premis kehabisan telur menyebabkan pengguna terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Tidak kurang juga ada yang berang kerana peniaga menghadkan penjualan telur .

Pemborong telur, Nursyzanil Adha Ramli berkata, kali terakhir bekalan telur ayam diperolehnya sebanyak 5,000 papan, adalah empat hari lalu.

Jumlah itu hanya dapat bertahan beberapa hari sahaja memandangkan penggunaan telur meningkat pada bulan Ramadan dan pihaknya terpaksa menghadkan pembelian telur sehingga menyebabkan dimarahi pembeli.

“Setakat ni ada juga yang marah-marah dan kami terpaksa hadkan pembelian telur. Kita faham bulan ini ramai yang berniaga dan tujuan kita hadkan  jualana telur itu suapay semua orang dapat berniaga. Peniaga atau pembeli yang marah dan mengamuk itu perkara biasa sejak krisi telur berlaku di di sini”, kata Nursyzanil.

Seorang suri rumah, Siti Aishah  Aziz  pula ketiadaan telur menyebabkan dia terbeban untuk membeli lauk lain kerana harga lebih mahal.

“Telur saya ambil pinjam dengan adik telur kelmarin, pinjam lima biji untuk lauk bersahur, bila datang sini nak beli tak ada pula”, ujarnya.

Bagi peniaga di bazar ramadan, Shahir Muhammad, kesukaran mendapatkan bekalan telur dan harga yang tinggi berbanding tahun lalu, menyebabkan dia terpaksa menaikkan harga jualan makanan.

“Tahun lepas saya jual RM6 tahun ini terpaksa naik sampai RM7 mungkin ada orang lain jual mahal lagi atau kekalkan harga mungkin dia kurangkan kuantiti daging ke atau telur gred yang rendah saya dia pakai tak pasti.”

Kekurangan bekalan telur mungkin disebabkan penggunaan yang tinggi pada bulan Ramadan terutama oleh peniaga bazar Ramadan menyebabkan bekalan untuk pengguna masih tidak mencukupi .

Loading...
Terkini