comscore
Tumpuan :
Nasional

Bekas ADUN Pasir Panjang meninggal dunia



PORT DICKSON: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang, Datuk Sainy Edris meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, jam 5.46 petang semalam.

Jenazah dibawa ke rumahnya di Batu 12, Kampung Telok Pelandok di sini, malam tadi, dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Panjang, sebelum solat Zohor, hari ini.

Allahyarham yang juga ADUN Pasir Panjang selama dua penggal bermula tahun 1995 hingga 2004, meninggal dunia pada usia 75 tahun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini