comscore
Tumpuan :
Nasional

Bekas pengurus bank terima rasuah RM50,000 ditahan SPRM

FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan petang tadi menahan seorang bekas pengurus bank yang dipercayai meminta dan menerima rasuah berjumlah RM50,000.

Lelaki berusia 50-an itu ditahan jam 3 petang ketika hadir di pejabat SPRM di sini untuk diambil keterangan.

Sumber berkata, bekas pengurus bank berkenaan dipercayai meminta dan menerima rasuah RM50,000 daripada pelanggan atas alasan membiayai program membabitkan bank sejak 2022.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki berkenaan.

Katanya, lelaki terbabit ditahan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

“Dia akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu untuk mendapatkan perintah tahanan reman,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini