Tumpuan :
Nasional

Bekas pengurus besar NAFAS akan didakwa hujung bulan ini

FOTO: NSTP

Oleh: Syafiqah Damanhuri

PUTRAJAYA: Seorang bekas pengurus besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan dituduh di mahkamah hujung bulan ini, berhubung kes rasuah membabitkan bekalan baja padi bernilai RM1.8 bilion.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata kertas siasatan dilengkapkan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 13 Disember tahun lalu.

“Berhubung Op Ladang membabitkan NAFAS, disyaki unsur rasuah membabitkan pembekalan baja padi sebanyak RM1.8 bilion, SPRM buka kertas siasatan, kertas siasatan sudah dilengkapkan dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPP).

“TPP bersetuju menuduh individu berkenaan dengan dua pertuduhan terhadap beliau.” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini.

3 November lalu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedia memberikan kerjasama penuh kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan ke atas NAFAS.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini