comscore
Tumpuan :
Nasional

Bekas Timbalan Pengarah Imigresen Perlis meninggal dunia semasa mengikuti kuliah subuh

Bekas Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Perlis, Yahya Kadir meninggal dunia ketika sedang mengikuti pengajian kuliah subuh di Masjid Negeri Arau.

ARAU: Bekas Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Perlis meninggal dunia semasa sedang mengikuti kuliah subuh di Masjid Negeri Arau, di sini hari ini.

Mangsa, Yahya Kadir, 65 yang juga seorang pesara dari Tambun Tulang tiba-tiba rebah sebelum tidak sedarkan diri ketika kuliah subuh sedang dijalankan di masjid berkenaan.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Asisten Superitendan Mohd Norzuki Husain berkata kejadian berlaku sekitar jam 7.10 pagi tatkala kuliah disampaikan selepas selesai pelaksanaan solat Subuh berjemaah.

“Saya difahamkan mangsa bukanlah ahli kariah masjid itu namun tetap akan hadir ke masjid berkenaan sekiranya ada program kuliah yang dianjurkan pihak pentadbiran masjid,” katanya.

Jelas Mohd Norzuki, mangsa yang sedang duduk sambil mendengar kuliah subuh tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

Orang ramai yang hadir cuba untuk mengejutkan mangsa tetapi tiada tindak balas berlaku.

Tambah Mohd Norzuki, ekoran kejadian itu, pihak pentadbiran masjid negeri menghubungi ambulan dan mangsa disahkan meninggal dunia di masjid itu oleh paramedik yang bertugas.

Mangsa dikatakan mempunyai penyakit diabetis dan darah tinggi.

Jenazah mangsa dibawa pulang isterinya untuk dikebumikan di Tambun Tulang.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini