comscore
Tumpuan :
Nasional

Berkawan dengan semua parti, gabungan dibentuk bila tiba masanya – Ahmad Zahid

Oleh: Safwan Sawi 

KOTA KINABALU: Keputusan membentuk gabungan UMNO dengan parti lain menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah hanya akan ditentukan bila tiba masanya kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ketika ini ujarnya UMNO di Sabah mahu berkawan dengan semua parti seperti hubungan persahabatannya dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor sejak memulakan kerjaya politiknya bersama USNO lagi.

“Keputusan kepimimpinan untuk melakukan kerjasama dengan pihak gabungan mana saya beritahu bila tiba masa pasti kita buat keputusan ke arah mana yang kita tuju,

“Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor kawan lama saya mengenali sejak USNO, konsep saya ialah musuh seseorang itu musuh dia kawan seseorang itu kawan saya walaupun kita tidur bantal lain tapi mimpi sama,” katanya.

Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Sepanggar, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ketua UMNO bahagian Sepanggar, Datuk Yakub Khan.

Beliau ditanya media bayangan adakah akan berlaku gabungan UMNO bersama PGRS menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah susulan kehadiran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (PGRS) pada perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Tuaran di Dewan Seri Sulaman pagi tadi.

Jelas Ahmad Zahid lagi Kerjaan Perpaduan ketika ini menjadi dukungan sepenuhnya di peringkat nasional dan sekiranya ada masalah di peringkat negeri formula menanganinya perlu ditangani sebaik mungkin.

Ujarnya lagi tidak ada perpecahan di dalam UMNO Sabah walaupun tiada kelibat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada program UMNO di Tuaran pagi tadi sebaliknya kehadiran Hajiji adalah pendekatan mesra sesama parti.

“Tidak ada split pagi tadi porgram lain ‘soft approach’ di Tuaran kita mahu berkawan semua pihak keputusan gabungan seperti saya nyatakan tadi akan dibuat bila tiba masanya,” katanya.

Dalam perkembangan lain Ahmad Zahid mahu setiap jentera menggunakan kaedah baharu dan tidak lagi menggunakan pendekatan yang tidak konvensional dalam meyakinkan pengundi yang selama ini mempunyai perspektif negatif dapat diubah kepada positif.

“Saya beberapa kali turun ke Sabah bukan sahaja kajian lapangan tentang strategi Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman (SWOT). Kita yakin bina semula kekuatan dominan Barisan Nasional (BN) UMNO dapat digarap semula,

“Saya lihat unsur elemen itu ada cuma perlu perkukuhkan untuk kerajaan negeri umpama kita lihat mereka merasakan bahawa formula baharu sedang mereka cari untuk PRN17 Sabah,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini