comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Belanjawan 2024: Isu Keterjaminan Makanan: Hapus Monopoli, laksana polisi bersasar

KUALA LUMPUR: Isu keterjaminan makanan kini menjadi tumpuan global.

Di Malaysia krisis bekalan makanan melarat sehingga bil import negara sudah makin membengkak hinggakan rakyat jadi mangsa dan terkial-kial mencari bekalan.

Kekurangan bekalan beras putih tempatan di pasaran baru-baru ini turut menimbulkan keresahan.

Apakah Belanjawan 2024, mampu jadi penyelamat negara daripada krisis makanan di masa hadapan?

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) tahun ini diperuntukkan RM5.39 bilion.

Kenaikan 12 peratus berbanding RM4.81 bilion pada tahun lalu.

Fokus utama, RM1.62 bilion disediakan untuk subsidi, insentif harga padi, baja dan padi huma.

Namun, isu bekalan beras yang timbul baru-baru ini menjadi tumpuan.

Presiden Persatuan Beras Bumiputera Malaysia BARIM, Ismail Awang

Presiden Persatuan Beras Bumiputera Malaysia BARIM, Ismail Awang mendakwa harga borong beras putih tempatan yang naik pada April lalu serta peningkatan kos operasi menjadikan makanan utama itu sukar dijual pada harga pasaran ditetapkan kerajaan iaitu RM26 untuk 10 kilogram.

“Kos yang ditanggung oleh pihak yg terlibat dalam pengeluaran beras. Jadi bila keadaan ini berlaku sudah tentu pihak pengeluaran sudah tentu kilang padi, akan mengehadkan untuk proses beras tempatan” katanya ketika ditemui Buletin TV3.

Kerajaan diminta untuk lebih terbuka dan membenarkan beberapa syarikat untuk membeli dan menjadi pembekal beras dan bukannya mengekalkan sistem monopoli.

Selain itu, Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 juga dilihat perlu dilakukan dengan lebih khusus dan agresif.

Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya, Dr Adilah A Wahab

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya, Dr Adilah A Wahab, aspek penting seperti mengurangkan tahap import dan eksport makanan memberi kesan langsung kepada pengguna.

“Contohnya dari segi short term kita tak dapat India tak dapat import kepada kita beras, Thailand ke jadi kita mengalami masalah bagaimana kita nak cari dari negara lain? Even in the short term problem we cannot solve, dan kita memerlukan jangka masa yang panjang. Itu satu masalah” katanya kepada Buletin TV3.

Untuk memastikan sektor pertanian terus progresif dan menarik golongan muda, satu usaha besar perlu dilakukan kerajaan.

Terutama dalam meningkatkan gaji median sektor itu yang direkodkan paling rendah berbanding perkhidmatan, pembinaan, perlombongan dan pembuatan.

“Skim pencen untuk petani itu pendapat saya yang amat penting kita merupakan negara pertanian yang terkenal sebelum ini. Bukan sahaja perkhidmatan, bukan sahaja manifacturer of semi conductor, no. But actually for the pertanian” tambah beliau.

Loading...
Terkini