comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2025: 100 juruaudit halal JAKIM percepat urusan sijil halal

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menambah 100 lagi juruaudit halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi mempercepatkan urusan pengeluaran sijil halal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sistem MYeHALAL juga ditambah baik bagi memusatkan 20 agensi kerajaan dan 100 badan pensijilan halal luar negara di bawah satu platform.

“Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dan SME Bank turut menawarkan pembiayaan khusus kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) halal dengan dana tersedia hampir RM600 juta.

“Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) juga sedia menjamin sehingga 80 peratus pembiayaan PKS halal dengan nilai jaminan sehingga RM1 bilion,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025, di Dewan Rakyat, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini