comscore
Tumpuan :
Nasional

Belum ada kebenaran untuk perkhidmatan gunting rambut

KUALA LUMPUR: Masih tiada kebenaran untuk perkhidmatan gunting rambut beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu belum diputuskan ada menerima permohonan supaya diberikan kelonggaran untuk kembali beroperasi.

“Saya tahu menjelang hari raya ini, perkhidmatan gunting rambut ini mendapat permintaan yang tinggi. Namun, sehingga kini kita masih tidak benarkan ia beroperasi,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri memaklumkan ada menerima permohonan daripada persatuan dan pengusaha perkhidmatan gunting rambut yang turut menyatakan komitmen akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, setakat ini mesyuarat khas menteri belum membincangkan perkara itu dan kekal dengan keputusan sebelum ini masih tidak membenarkan ia beroperasi.

Loading...
Terkini