comscore
Tumpuan :
Nasional

Belum ada keputusan lanjut atau tamat PKPB

KUALA LUMPUR: Masih belum ada sebarang keputusan bagi menamatkan atau melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas 9 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata hanya selepas keputusan berhubung PKPB dimuktamadkan, baharu kerajaan akan memutuskan mengenai sama ada menyambung pelaksanaan sekatan jalan raya membabitkan perjalanan rentas negeri.

“Belum ada jawapan lagi sebab PKPB kita tidak tahu tamat atau tidak pada 9 Jun ini. Oleh itu sekatan rentas negeri sama ada diteruskan atau tidak bergantung kepada keputusan PKPB itu disambung atau tidak, ” katanya pada sidang media harian pelaksanaan PKPB di Putrajaya, hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 43 pesalah selain mengeluarkan kompaun kepada 356 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB, semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada kompaun dikeluarkan atas kesalahan ziarah Aidilfitri, semalam.

Loading...
Terkini