comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Belum ajal..

Oleh: Zahir Senapiah

MERSING: Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang pemuda yang dihanyutkan arus banjir ketika meredah Jalan Jemaluang, Kota Tinggi yang dinaiki air pagi tadi.

Mangsa yang berumur 23 tahun dilaporkan nekad meredah jalan di kilometer 34 menghala ke Mersing yang telah dinaiki air banjir sedalam 1.5 meter.

Akibatnya, mangsa dan motosikalnya dihanyut arus deras sejauh 7 meter pada kedalaman 1.5 meter.

Menurut kenyataan pusat gerakan operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.19 pagi.

Susulan itu 10 anggota dikejarkan ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Arwan Abdullah.

“Mangsa dan motosikalnya telah dihanyutkan arus sejauh 7 meter pada kedalaman 1.5 meter” katanya.

Anggota bomba yang tiba ditempat kejadian berjaya menyelamatkan mangsa menggunakan tali dengan menarik ke kawasan selamat dan mangsa tidak mengalami kecederaan.

Loading...
Terkini