comscore
Tumpuan :
Nasional

Benang melintang di lebuh raya, polis sahkan tiada unsur jenayah

Oleh: Aslina Abu Bakar

PETALING JAYA: Polis mengesahkan insiden benang melintang di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang mencederakan seorang penunggang motosikal Isnin lalu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail ketika dihubungi berkata, hasil siasatan dan maklumat daripada Prolintas kejadian dipercayai berpunca daripada tali layang-layang yang terputus.

“Tidak benar, kejadian ini tidak melibatkan kes samun, setakat ini kita masih lagi menjalankan siasatan.

“Malah, hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak SUKE, mereka kerap menjumpai layang-layang di kawasan lebuh raya itu tetapi tidak pasti milik siapa,” katanya.

Mohd Azam turut menasihatkan orang ramai lebih peka dan tidak bermain layang-layang di kawasan yang boleh merisikokan orang ramai.

Menurutnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana melakukan mudarat awam serta menyebabkan kegusaran am kepada orang awam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini