comscore
Tumpuan :
Nasional

Bendera Sarawak kini dikenali sebagai “Ibu Pertiwi”

Dataran Ibu Pertiwi

KUCHING: Bendera Sarawak kini dikenali sebagai “Ibu Pertiwi” manakala kawasan yang menempatkan tiang bendera tertinggi di Malaysia pula dinamakan sebagai Dataran Ibu Pertiwi.

Pengumuman nama itu dilakukan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg  semasa berucap di majlis sambutan ambang tahun baharu peringkat Sarawak yang diadakan di Tebingan Kuching

Abang Johari berkata, Bendera Sarawak  sebelum ini tidak pernah mempunyai sebarang nama khas tersendiri seperti bendera Malaysia yang digelar sebagai Jalur Gemilang.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg

“Pemilihan nama itu dibuat kerana nama “Ibu Pertiwi” itu sendiri  membawa maksud kedaulatan kepada Sarawak serta mencerminkan kehebatan Sarawak menerusi kombinasi warna merah, hitam dan kuning.

” Oleh itu, semua anak Sarawak hendaklah bertekad, berkerja kuat mempertahankan ibu pertiwi dan kita bangunkanlah ibu pertiwi kita ini supaya ia lebih maju dan menjadi tempat yang sempurna untuk anak-anak sarawak,” katanya.

Sambutan ambang tahun baharu dengan tema ‘Let’s Celebrate Together’ itu diraikan dengan pelbagai pengisian termasuk persembahan artis Jemputan seperti Datuk Amy Search dan Datuk Zainal Abidin, pertunjukan bunga api serta  kiraan detik tahun baharu.

 

Sambutan berkenaan yang diselari dengan majlis perasmian  tiang bendera Sarawak yang setinggi 99 meter yang dibiayai menerusi program tanggungjawab koporat C-S-R tiga syarikat minyak iaitu, Petronas, Shell dan Petros.

Lebih 30 ribu warga Sarawak turut serta memeriahkan sambutan terbabit yang bermula seawal jam 8.00 malam.

Loading...
Terkini