comscore
Tumpuan :
Nasional

Beratur di imigresen antara bebanan ditanggung industri pelancongan negara

Pelancong luar negara berurusan di kaunter Jabatan Imigresen KLIA. FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: 10 persatuan pelancongan dan peruncitan negara hari ini mendakwa terdapat banyak halangan yang membebankan industri pelancongan negara khususnya berkaitan ketibaan pelancong luar. Kumpulan 10 persatuan itu dalam satu kenyataan bersama berkata halangan seperti beratur panjang ketika pemeriksaan imigresen dilihat mampu mengganggu industri pelancongan Malaysia yang ketika ini berusaha untuk menyambut dan meraikan kehadiran pelancong dari luar.

Mengikut senarai yang dikeluarkan, kumpulan 10 persatuan itu terdiri daripada Persekutuan Rantaian Runcit dan Francais Asean (ARFF), Persatuan Pelancongan Kuala Lumpur BBKLCC (BBKLCC), Batu Road Retailers Association (BARRA), Pertubuhan Peruncit Bumiputra (BRO), Industries Unite (IU), Persatuan Taman Tema dan Tarikan Keluarga Malaysia (MATFA), Persatuan Peruncit Malaysia (MRA), Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) dan Persatuan Perniagaan Masjid India (MIDA).

Menurut kumpulan itu lagi, terdapat pelbagai langkah mudah yang boleh digunakan itu mengubah persepsi negatif itu sekali gus menjadikan Malaysia sebagai destinasi mesra pelancong dan mesra.

“Cadangan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing berhubung visa-on-arrival adalah tepat memandangkan ia adalah teknologi sedia ada yang boleh digunakan. Malah lawatan tanpa visa juga boleh ditampung dengan keupayaan elektronik yang sudah tersedia.

Lapangan terbang juga adalah lokasi pertemuan pertama pelancong yang tiba tetapi situasi beratur panjang di kaunter imigresen dengan sambutan yang kurang mesra pastinya akan memudaratkan industri pelancongan kita khususnya dengan pelaporan di media sosial Tik-Tok atau Facebook,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut kumpulan persatuan-persatuan itu, mereka juga memuji ketegasan King Sing yang mengambil tindakan ‘turun padang’ bagi memperoleh maklumat secara langsung dan situasi sebenar yang berlaku di lapangan.

“Beliau memerhati situasi sebenar syarat dan amalan pelbagai jabatan kerajaan khususnya berkaitan layanan terhadap pelancong yang datang ke Malaysia. Kami menyokong penuh Menteri Pelancongan untuk dilihat membetulkan sendiri kesilapan dengan cepat dan merumuskan secara realistik berkaitan perubahan yang perlu untuk memartabatkan industri pelancongan negara,” kata kenyataan itu.

Loading...
Terkini