comscore
Tumpuan :
Nasional

Berbeza fahaman Islam jadikan situasi ‘simpang siur’ – PM

FOTO: NSTP

Oleh: Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Negara kini berada dalam keadaan ‘simpang-siur’ apabila terdapat dua pihak mempunyai fahaman berbeza mengenai Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat pihak melenting sebaik sahaja disebut mengenai Islam.

“Bila saya sebut Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) harus menasihatkan kerajaan dalam semua bidang, ada yang melenting bahawa ada usaha menghasut program-program Islam.

“Mana salahnya? Bukan kita suruh buat zalim, kita suruh tegakkan keadilan kita faham hak bukan Islam dan kita hormati mereka.

“Kita faham dengan semangat (mereka) tetapi jangan dia bawa pandangan barat Islamophobia, (apabila) sebut Islam macam ISIS dan Al-Qaeda sebab itu anak-anak huffaz bersedia untuk menguasai Islam sebenar,” katanya dalam ucapan pada Himpunan 24K Huffaz Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan.

Jelasnya lagi, dalam jemaah Menteri, tidak ada langsung halangan, apa sahaja yang diusulkan akan disokong dan diluluskan sebulat suara untuk angkat anak-anak huffaz.

Perdana Menteri dalam pada itu turut menekankan kepentingan TVET dalam kalangan pelajar tahfiz yang dilihat memberi potensi kepada pelaburan kepada negara.

“Malaysia menjadi antara negara yang membekalkan semi conductor, dan selepas ini melibatkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) pula jadi saya tidak mahu anak-anak huffaz ketinggalan dalam sektor berkenaan.

“Justeru, kerjasama daripada semua kementerian perlu dilibatkan bagi memberi peluang kepada anak-anak huffaz dilahirkan sebagai pekerja yang mahir,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini