comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Berbogel di tempat awam kerana tertekan putus cinta 


JOHOR BAHRU: Tertekan kerana putus cinta, seorang lelaki warga asing berbogel di tempat awam di Permas Jaya di sini, malam kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian dari pekerja hotel berusia 26 tahun yang berada di lokasi kejadian.

Foto tular

Katanya suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada Khamis lalu, sebelum ditahan keesokkan harinya.

“Wanita itu menyaksikan suspek dalam keadaan berbogel di tempat awam.

“Hasil siasatan mendapati punca suspek bertindak sedemikian kerana tidak dapat menerima hakikat ditinggalkan oleh teman wanitanya.

“Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai masalah kesihatan berkaitan mental,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat dibawah seksyen 509 kanun keseksaan.

Tangkap layar video tular

Dalam sebuah video tular berdurasi 3 minit 57 saat memaparkan seorang lelaki cuba melintas jalan dalam keadaan berbogel, namun ditahan dua lelaki.

Tidak lama kemudian, pihak polis datang dengan sebuah Unit Kereta Peronda (MPV).

Loading...
Terkini