comscore
Tumpuan :
Nasional

Beri ruang sasterawan berkarya -PM

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Sasterawan dan seniman harus diberi kebebasan untuk menghasilkan karya yang lebih kreatif dan kritis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jika golongan terbabit dikongkong ia akan merencatkan penghasilan karya yang lebih bermutu.

“Sasterawan dan seniman tidak boleh diukur dari sudut yang sangat terbatas, kalau tidak ada sedikit ruang sama ada kritikan politiknya,atau budayanya atau masyarakatnya atau sejarahnya itu keupayaan dia mencurahkan pemikiran cara bebas rasa terkongkong”

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada program Seminar Kebangsaan Penerbitan Buku Bahasa Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka,ibu negara pagi tadi.

“Kita negara merdeka bukan negara terjajah jadi mesti berikan ruang sedikit untuk kita berkarya dengan bebas”

“Saya beritahu kepada Fadhlina dan Menteri Pendidikan Tinggi, sekolah atau universiti mesti beri ruang, menimba ilmu ini juga melatih mereka supaya agak lebih kritis, ada juga ‘critical thinking’ harus ada”

“Tetapi bagi sang penguasa, saya kebetulan masuk dalam ruang itu kadang-kadang kurang senang tetapi harus ada kebijaksanaan dan kesabaran.”

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini