Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Berita gembira buat warga pendidik diumum esok

AYER KEROH: Beberapa khabar gembira akan diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada golongan pendidik, sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, esok.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, berita gembira itu akan diumumkan beliau pada sambutan yang akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di MITC Ayer Keroh, Melaka.

“Tak perlu tunggu yab perdana menteri, menteri pendidikan akan umumkan, so esok kita akan umumkan insyaallah, ada beberapa perkara yang saya fikir penting untuk kita bagi semangat pada guru kita dan keseluruhan ekosistem pendidikan khususnya untuk negara.”

Beliau ditemui selepas menyampaikan Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonalds 2023 di MITC, hari ini.

Anugerah AGI yang diadakan secara tahunan itu adalah sebagai langkah syarikat makanan segera terbabit untuk menghargai peranan guru dalam melahirkan masyarakat berkualiti.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, pengumuman berita gembira itu dijangka dapat memberi semangat kepada guru di negara ini untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang dan berdedikasi dalam melahirkan modal insan terbaik di negara ini.

Malah, katanya, ia turut memberi impak kepada keseluruhan sistem pendidikan negara ketika ini.

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang bertemakan ‘Guru Insani Pemangkin Generasi Madani’, dijadual dirasmikan Perdana Menteri di MITC, kira-kira jam 10 pagi esok.

Loading...
Terkini