comscore
Tumpuan :
Nasional

Berpantang maut, sebelum ajal

KOTA TINGGI: Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas kereta Perodua Alza dipandunya tiba-tiba terbakar, di Jalan Kota Tinggi-Johor Bahru berhampiran Taman Sri Saujana, di sini pagi tadi.

Lelaki berusia 26 tahun itu sempat menyelamatkan diri selepas melihat asap dari kenderaan yang dipandunya, sebelum kereta itu hangus terbakar hampir 95 peratus.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa dari arah Kota Besar menghala ke arah Johor Jaya melanggar lopak air.

Katanya, kereta terbabit kemudian hilang kawalan lalu berpusing dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri sebelum berasap dan terbakar.

Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan dua Ibrahim Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.59 pagi.

“Tujuh anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian. mangsa tidak tersepit, namun mengalami cedera ringan. Operasi ditamatkan pada pukul 9.37 pagi,” ujarnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini