comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bersatu luluskan pindaan perlembagaan

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

SELAYANG: Perhimpunan Agung Bersatu Khas hari ini meluluskan perlembagaan parti berhubung pelucutan keahlian parti bagi ahli parlimen yang menyokong parti bertentangan.

Presidenya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pindaan ke atas Perkara 10 Perlembagaan Bersatu itu diluluskan selepas mendapat sokongan 1,956 perwakilan parti yang hadir pada perhimpunan Agung Khas hari ini.

“Pindaan itu melibatkan perkara 10 iaitu 10.4,10.5 dan 10.6 berhubung pemberhentian dan pemecatan ahli.

Tujuanya ialah untuk menentukan kalau sekiranya ada ahli-ahli parlimen atau Adun yang bertindak luar daripada bidang dasar parti bagaimana yang telah berlaku kepada enam orang MP itu maka keahlianya itu akan terhenti makna dia tidak jadi ahli bersatu” ,katanya dalam sidang media sempena perhimpunan agung khas parti di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang hari ini.

“Dan itu selaras dengan peruntukan perlembagaan fasal 10A dan ini akan trigger apa yang disebutkan sebagai akta lompat parti jadi makna dia tidak jadi macam kerusi tu akan terkosong dan pastinya bila kosong ia dimaklumkan pada SPR maka pilihan raya bagi semua kerusi terlibat itu akan diadakan”.

Pindaan perlembagaan itu dibuat susulan tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Jelas beliau, keputusan berhubung pindaan  itu akan dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, ROS dalam masa terdekat sebelum dikuat kuasakan serta merta.

“Selepas sudah official baru Setiausaha Agung akan keluarkan surat kepada enam ahli terlibat untuk mengetahui  pendirian mereka samada menyokong Perdana Menteri atau sebaliknya”.

“Kalau mereka kata ya, maka terkesanlah sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan kita itu, kerusi mereka mesti dikosongkan… soal mereka nak kosongkan secara sukarela, itu soal dia, tetapi mengikut peraturan perlembagaan parti kita yang telah diluluskan ini, kesannya begitu selari dengan Akta Anti Lompat Parti,” katanya.

Ditanya sama ada pindaan itu memberi kesan retrospektif atau kesan terkebelakang kepada enam Ahli Parlimen berkenaan, beliau berkata persoalan itu tidak timbul kepada mereka kerana masih ahli Bersatu dan belum disingkirkan.

“Mengikut pindaan ini kalau mereka sokong pihak sana itu salah, maka keahlian Bersatu mereka akan terhenti mulai hari itu maka kesannya mereka kena kosongkan kerusi,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini