comscore
Tumpuan :
Nasional

Bertengkar.. tikam isteri, kemudian suami maut terjatuh dari tingkat 17

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Pertengkaran suami isteri berakhir tragedi apabila seorang daripadanya maut akibat jatuh daripada tingkat 17 sebuah kondominium di Setapak di sini, semalam manakala seorang lagi cedera akibat ditikam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, pasangan suami isteri warga Indonesia, masing-masing berusia 44 dan 37 tahun itu dipercayai bergaduh akibat perselisihan faham.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, semasa pergaduhan, si suami bertindak menikam isterinya di bahagian dada sebelum dipercayai terjatuh dari tingkat 17 unit kondominium.

“Suspek ditemui mati berhampiran kolam renang di tingkat bawah kondominium, manakala isterinya cedera akibat ditikam dengan senjata tajam dipercayai pisau.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ashari berkata, polis masih meneruskan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh.

Loading...
Terkini