comscore
Tumpuan :
Nasional

Bertongkat keluar mengundi selepas 4 hari pembedahan buang skru pada lutut

Mohd Azrizan hadir selepas empat hari pembedahan untuk mengundi bagi kerusi Parlimen Pandan di SK Taman Muda pada PRU-15. – Foto: NSTP

AMPANG: Baharu empat hari menjalani pembedahan mengeluarkan skru pada lutut bukan penghalang kepada Mohd Azrizan Rahman, 27, untuk keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Muda. Azrizan terpaksa menjalani pembedahan itu di Hospital Shah Alam selepas mengalami kesakitan berpanjangan susulan kemalangan yang dialaminya pada Januari 2018.

Dia dilihat tiba bersama rakan ke pusat pengundian dengan bertongkat.

Ketika ditemui, Azrizan berkata, dia kali pertama menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini dan berhasrat undi beliau mampu membantu dalam ke arah perubahan dalam pentadbiran negara.

“Sebelum ini saya tidak dapat keluar mengundi kerana terdapat masalah peribadi dan kali ini walaupun baharu empat hari menjalani pembedahan, saya ingin mengundi bagi memilih pemimpin untuk negara.”PRU-15 penting kerana Malaysia berdepan pelbagai isu terutama ekonomi dan peluang pekerjaan. Jadi, diharapkan melalui pilihan raya kali ini dapat memperbaiki keadaan negara kita,” katanya.

Dia yang berasal dari Tawau di Sabah sudah lama berhijrah ke semenanjung dan berkahwin dengan pasangannya berasal dari Selangor.

“Hari ini hanya kawan yang dapat menemani saya kerana isteri mengundi di Shah Alam, selain perlu menguruskan anak di rumah.”Bagi saya perkara penting ialah kami berdua dapat mengundi untuk memilih pemimpin walaupun tidak mengundi di pusat mengundi yang sama.”Saya berharap pemimpin yang diundi dapat menjalankan tanggungjawab mereka untuk membantu rakyat dan memperkasakan lagi ekonomi negara,” katanya. – Berita Harian

Loading...
Terkini