comscore
Tumpuan :
Nasional

Beruang Matahari mati dilanggar kereta di LPT 2

Haiwan liar itu dipercayai hendak menyeberang ke hutan berhampiran sebelum dilanggar.

KEMAMAN: Seekor beruang matahari mati selepas dilanggar oleh sebuah kereta di Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2) di Kemaman, Terengganu, malam tadi.

Beruang jantan seberat kira-kira 90 kilogram itu ditemui di kilometer 299, sebelum kawasan rehat dan rawat Kijal pada jam 8.30 malam.

Haiwan liar itu dipercayai hendak menyeberang ke hutan berhampiran sebelum dilanggar.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini