comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Agong minta rakyat tenang, sabar

 

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah baginda akan membuat keputusan berhubung parti mana yang akan membentuk kerajaan serta pelantikan Perdana Menteri ke-10 dalam masa terdekat.

Titah Baginda, semua pihak perlu bersikap rasional dan bergerak ke hadapan demi negara yang tercinta.

 

“Bersabar terima keputusan rakyat, terima keputusan wakil-wakil rakyat dan terima keputusan Yang di-Pertuan Agong, be rasional and we have to move on, kita perlu bergerak ke hadapan untuk negara kita yang tercinta.

“Biar saya buat keputusan dalam masa terdekat ini,” titah baginda ketika bertemu pengamal media di hadapan pintu dua, Istana Negara, hari ini.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda yang memandu sendiri kenderaan utiliti sukan (SUV) Hyundai berwarna putih memasuki pintu dua Istana Negara sekitar jam 2.20 petang.

Dalam masa sama, baginda bertemu petugas media dan mengingatkan rakyat untuk terus bersabar.

“Saya baru balik, nak tengok siapa ada majoriti, mudah-mudahan Insya-Allah,” jelas baginda

 

Loading...
Terkini