
KUCHING: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menunjukkan sedikit penurunan petang ini.
Setakat jam 2.30 petang, seramai 12,163 daripada 3,618 keluarga masih berada di 63 PPS.
Jumlah itu berkurang 158 orang berbanding seramai 12,321 mangsa pada jam 8 pagi tadi.
Daripada jumlah itu, seramai 11,957 adalah mangsa banjir, manakala bakinya 169 membabitkan mangsa tanah runtuh di Miri dan Bintulu dan 37 mangsa kebakaran rumah panjang di Kanowit.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.