comscore
Tumpuan :
Nasional

Bilik kucing peliharaan keluarga Timbalan Perdana Menteri terbakar, kucing dipercayai mati

KUALA LUMPUR: Bilik kucing peliharaan keluarga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di kediamannya di Country Heights, Kajang terbakar, hari ini.

Kejadian itu menyebabkan ada kucing peliharaannya dipercayai mati dan dan ada yang terselamat, namun bilangannya tidak didedahkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata kebakaran membabitkan sebuah bilik berukuran 20 x 20 kaki persegi di banglo dua tingkat.

Katanya, pihak bomba menerima laporan kejadian pada jam 1.30 tengah hari sebelum anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dan BBP Bangi dihantar ke lokasi.

“Kebakaran membabitkan bilik yang menempatkan kucing peliharaan di kediaman itu dengan kerosakan dianggar 15 peratus.”

“Api berjaya dipadamkan oleh anggota bomba dalam beberapa minit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Morni berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Loading...
Terkini