comscore
Tumpuan :
Nasional

BN-PH langkaui fasa `kekok’, capai titik persamaan jayakan aspirasi Kedah

Oleh : Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR : Kerjasama Barisan Nasional (BN) – Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah adalah bukti komitmen gabungan parti itu bagi menjayakan aspirasi kerajaan MADANI di peringkat pusat.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerjasama antara kedua-dua parti itu sudah melangkaui fasa “kekok” dan menemui beberapa titik persamaan terutama dalam hal kebajikan rakyat, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

“Matlamat kita adalah bagi memastikan kerajaan negeri Kedah yang dibentuk pasca PRN nanti sealiran dengan kerajaan di peringkat Persekutuan. Stigma kepartian harus diketepikan bagi menjayakan hasrat lebih besar iaitu demi kepentingan rakyat.”

Beliau yang juga Pengerusi Bersama Majlis Pimpinan Perpaduan Kedah menjelaskan, usaha pengukuhan kerjasama  giat dilakukan di peringkat akar umbi parti.

“Mesej kesatuan BN dan PH ini perlu sampai kepada rakyat di pelbagai peringkat dengan segera. Hakikatnya gabungan kedua-dua parti ini membawa dimensi baru yang lebih harmoni dengan komposisi parti yang pelbagai mewakili rakyat Malaysia secara keseluruhannya.” jelasnya  selepas mempengerusikan Mesyuarat Konvensyen Perpaduan Kedah yang dijadualkan  21 Mei ini, di Alor Setar.

Mesyuarat akan disempurnakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi .

Loading...
Terkini