comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Boleh mohon pembayaran semula mulai 1 Julai jika belum dapat fleet card


KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah membangunkan mekanisme interim membabitkan pembayaran semula secara tunai kepada pemilik kenderaan logistik yang diluluskan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 tetapi belum mendapat fleet card.

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah berkata, mekanisme itu adalah kaedah sementara untuk menampung perbezaan harga antara harga runcit diesel baharu iaitu RM3.35 seliter dan harga SKDS 2.0 sebanyak RM2.15 seliter.

FOTO: NSTP

Katanya, kerajaan sedang giat memastikan penyasaran subsidi mencapai objektif, terutama membabitkan pelaksanaan SKDS 2.0 yang membolehkan kenderaan logistik tertentu kekal memperoleh diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter.

“Kerajaan mahu pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel berjalan dengan lancar dan akan sentiasa memantau perkembangan aktiviti sektor logistik kerana dengan pelaksanaan

“Selain itu, tiada sebab munasabah untuk mereka bertindak menaikkan harga yang boleh mengesankan rakyat.

“Pembayaran semula secara tunai ini ialah langkah sementara kerajaan untuk terus membantu pembekal perkhidmatan logistik supaya tidak terkesan dengan perubahan harga runcit diesel,” kata dalam kenyataan.

Menurutnya, pemilik kenderaan logistik yang diluluskan dan belum menerima fleet card boleh memohon pembayaran semula ini bermula 1 Julai 2024 melalui portal Budi Madani.

Pemohon perlu menyimpan resit pembelian diesel untuk tujuan audit dan untuk layak menerima pembayaran semula ini, pemilik kenderaan logistik hendaklah membuat permohonan dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah SKDS 2.0 selewat-lewatnya pada 30 Jun 2024.

Mekanisme interim pembayaran semula ini bertujuan untuk menampung perbelanjaan tambahan pemohon sehingga menerima fleet card atau bagi tempoh maksimum dua bulan, mana-mana yang terdahulu.

Oleh itu, kerajaan menyarankan supaya semua pemilik kenderaan logistik yang diluluskan di bawah SKDS 2.0 untuk segera memohon fleet card secepat mungkin melalui https://mysubsidi.kpdn.gov.my/.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini