comscore
Tumpuan :
Nasional

Bom ditemui di lapangan terbang LTSIP

 

FOTO: Ihsan PDRM

KOTA BHARU: Satu unit bom ditemui di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa hari ini.

Bom jenis Aerial itu dikesan pada jam 9.41 pagi, ketika kerja penggalian longkang dilakukan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu pada jam 9.50 pagi.

“Pasukan Unit Pemusnahan Bom (UPB) dikerah ke tempat kejadian dan mengesahkan bahawa objek berkenaan adalah satu unit bom Aerial sepanjang 98 sentimeter (cm) dan seberat 125 kilogram (kg).

“Bom berkenaan berjaya dimusnahkan oleh UPB Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di kawasan yang selamat pada jam 3.20 petang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya tiada sebarang kemalangan atau insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang proses pemusnahan bom itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini