comscore
Tumpuan :
Nasional

Bom tangan itu dijumpai dalam keadaan berkarat dan lengkap sifatnya – Polis 

Foto hiasan

BUKIT MERTAJAM: Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bertindak memusnahkan bom tangan yang dijumpai di Ampang Jajar, di sini, petang tadi.

Ia susulan aduan yang dibuat pekerja tapak pelupusan sampah di lokasi penemuan itu jam 1.30 petang.

“Siasatan polis mendapati tempat kejadian adalah di tapak pengurusan sisa pepejal yang terletak di kawasan berbukit dan berpagar.

“Objek disyaki bom tangan itu dijumpai dalam keadaan berkarat dan lengkap sifatnya.

“Pihak UPB dari IPK Pulau Pinang kemudian telah hadir membuat pemeriksaan keselamatan seterusnya melakukan proses pemusnahan di kawasan terbabit,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Assisten Komisioner Tan Cheng San, dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Loading...
Terkini