comscore
Tumpuan :
Nasional

Bomba ambil masa 10 minit keluarkan bayi 9 bulan, terperangkap dalam kereta

Bayi lelaki berusia sembilan bulan terkunci dalam Perodua Myvi berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba. – FOTO: Ihsan Bomba

KOTA KINABALU: Pasukan bomba menyelamatkan seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan yang terperangkap dalam kereta berhampiran sebuah bank di Jalan Gaya Street, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.28 pagi.

Susulan itu sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu diketuai Pegawai Bomba Kamally Marzuki dikerah ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi terdapat seorang bayi lelaki terkunci di dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

“Pasukan bomba kemudian bertindak membuka pintu kereta yang terkunci dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Bomba mengambil masa hampir 10 minit sebelum pintu kenderaan berjaya dibuka.

“Bayi itu selamat dan diserahkan kepada ibu bapanya.

“Selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 11.44 pagi,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini